Selamat Tahun Baru 2025

 


Salam 1 Rejab 1446H dan Selamat Tahun Baru 2025...

Jom buka lembaran tahun baru dengan doa.

Bismillahirrahmannirrahim...

Ya Allah, aku memohon kepadaMu semua kebaikan 

yang disegerakan mahupun yang ditunda,

 apa yang aku ketahui mahupun tidak ketahui. 

Aku berlindung kepadaMu dari semua keburukan,

 baik yang disegerakan ataupun yang ditunda, 

yang aku ketahui mahupun yang aku tidak ketahui. 

 Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu 

dari kebaikan apa yang diminta oleh hambaMu dan 

NabiMu Muhammad saw dan aku berlindung kepadaMu 

dari apa apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabiMu.

 Ya Allah, aku memohon kepadaMu syurga 

dan apa yang mendekatkan kepadanya baik 

berupa ucapan mahupun perbuatan. 

Dan aku berlindung kepadaMu dari neraka dan apa 

yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan dan

 perbuatan.Dan aku memohon kepadaMu semua takdir yang

 Engkau tentukan baik untukku. 


 (HR. Ibnu Majah, no. 3846)


Jakarta Short Trip 3 hari 2 malam

 



Kami memulakan perjalanan dengan perasaan bercampur-baur – teruja, sedikit letih (kerana bangun awal), tapi sangat tak sabar sebab ini kali pertama kami akan menjejakkan kaki di bumi Jakarta. Dua jam dalam penerbangan dari KLIA ke Jakarta terasa cepat. Tau-tau je dah sampai.

Sampai je di airport, kami terus carik Grab untuk ke hotel. Pada masa kami sampai tu hujan lebat jadi pergerakan untuk ke hotel tu sangat sangat slow ye. Perlukan kesabaran walaupun dalam hati dah tak sabar nak berjalan.

Selepas sejam perjalanan akhirnya kami sampai di hotel. Hotelnya cantik dan biliknya pun luas. Kami rehat sekejab dan oleh sebab kelaparan yang amat kami decide untuk carik makan. Sebenarnya kami nak order Grab aje tp memandangkan hotel yang kami duduk ni bersebelahan aje dengan Plaza Festival maka kami decide nak taknak order Grab dan bergerak ke Plaza sebelah. Di luar masih hujan jadi kami order Grab untuk ke sebelah sebab taknak meredah hujan. 

Masa kami sampai tu dah pkl 8 lebih dan tak ramai orang sangat dkt Plaza ni dan kami pun tak sempat dah nak riccy mane kedai yg best so kami decide makan je mana2 kedai. lepas makan hujan rintis je jd kami jalan kaki balik ke hotel. 
Tadi naik grab terasa jauh. Tapi bila jalan kaki  cuma 5-10 minit gitudah sampai hotel hehe.

Ok nanti sambung. cya

Update blog’s Google Search Console



Assalamualaikum,

Salam di hari Ahad.

Hari ini semasa scroll Tik Tok terjumpa satu akaun yang share tips2 untuk mengemaskini website atau blog agar mudah ditemui di google search. Cara beliau explain tips dan caranya sangat mudah dan ringkas serta mudah difahami. Saya terus bukak laptop dan cuba. Senang je caranya dan saya akan sharekan di sini untuk rujukan saya sendiri dan semoga bermaanfaar untuk anda juga. 

Sebelum tu, just nak share yang blog ni dah 2 kali tukar nama. Jadi sejak tukar nama ni saya tengok blog ini hanya dikunjungi oleh  pengungjung dari luar negara je. Saya cuba juga belajar mcm mana nak pastikan SEOnya align dengan local seacrh tapi setakat ni tak jumpa lagi. Malah ada yang suggest supaya tukar domain ke syarikat yang lain. parah kalau gitu. Nasib baik jumpe brother ni. Tq bro @handayatcom.







Saya tak follow langkah seterusnya sebab blog saya sebelum ni telahpun dimonetizekan. Cuma apabila bertukar nama blog, proses verifikasi tu kene buat semula. Cuma prosesnya tidaklah seperti pertama kali verifikasi dibuat. Saya tidak perlu lagi masukkan apa-apa coding dalam blog untuk memudahkan google search console verify sebab saya cuma perlu buka setting dalam blog page saya dan cari -google search console dan kemudiannya request untuk diindekskan.

Kalau pembaca ada idea lain atau pengalaman/pengetahuan berkenaan seo atau indeks gsc nie bolehla masukkan komen di bawah.TIA.

cya.