Small Foot Filem Animasi WAJIB TONTON



Salam ......dengan pertanyaan dah tengok belum filem animasi nie.. kalau belum adalah dinasihatkan anda beli tiket sekarang dan bergerak segera ke GSC terdekat. Sebab ape cerita ni seriusly memang best. Anak-anak yang menonton cerita ni memang gelak dan happy. 

Semalam kami sekeluarga tak plan pun nak pergi nonton wayang. Yerlah sabtu adalah hari pelbagai guna bagi kami sekeluarga. Itulah hari mengemak rumah, membasuh baju, menukar cadar, membasuh kasut dan hari makan dirumah. Kalau ikutkan Sabtu juga adalah hari rehat kami :)

Dipendekkan cerita kami selesai mengemas rumah, menyidai baju dan memasak sekitar jam 12. Selepas makan dan solat kami teruskan agenda biasa menonton berita 1.30 tengahari. Jalan pelik ok kami sekeluarga memang selalu tengok berita. Walaupun dah tengaok sesi 1.30 sekalipun kami tetap tgk sesi pkl 8 walaupun kami tahu isi kandungan beritanya more or less sama mungkin ada tambahan atau di baca dengan lebih slow (heehheh). 

Memandangkan jam baru pkl 2ptg dan kami dah selesaikan banyak benda bersama jadi kami pun decidelah nak tgk wayang. Kena pulak ade cerita animasi makin rancaklah perasaan nak menonton tu kan. Anak-anak macam biasalah tengok wayang makan popcorn memang dieorang suke. So saya book ticket dari GCS online macam biasa. Selain jimat masa takperlu berbaris dan sebagainya saya rasa membeli dalam talian ni ringkas dan boleh plan seat siap2. Kalau nak dibandingkan dengan cara biasa berbaris dan membeli tiket memang jauh sangat bezanya membeli dalam talian nie. Bayangkan kalau kite nak tengaok wayang kol 4.40 pastu dengan penuh harapan kite sekeluarga pergilah ke GSC terdekat. Bile sampai kat sana dengan kecewanya tiket habis... atau yang ade pun baris depan.. nak berhuhuu depan orang ramai pun kite segan apakan pulak nak menangis btl tak. Kalau ade yang suke duduk baris depan silakan.Bukan kami sekeluarga sebab nanti ade kang patang tengkuk. hahahahha



Jadi saya beli untuk show pkl 6.20 petang di GSC paling dekat dengan rumah. Of cos kat Alamanda, Putrajaya. Dah beli online nie korang boleh buat screenshot macam kat atas nie. Sampai je kat GCS sana korang ade 2 pilihan sama ada nak terus masuk dan scan dengan mengggunakan barcode di sebelah kiri atas tu atau pergi je ke kaunter dan mtk printkan ticket. So far tak penah lagi mtk print tiket kene marah so korang jgn segan2 nak mtk hardcopy tiket yang korang dah beli tu yeh. Oh lupe nak cakap beli online ade caj RM2 untuk booking. Kalau beli kaunter takdelah caj ni...huuu


So ape komen pasal filem nie.Best ke tak? Macam yang saya awal tadi cerita ni memang best. Ada nyanyi2. Biasalah kan budak2 suka kot bab nyanyi2 nie. Kena pulak gambar dan animasi cantik dan kelakar memang kombinasi yang cukup lengkap.  Saya bagi 5 BINTANG. BRAVO!

Di sebalik tema dan jalan ceritanya mungkin ada beberapa perkara yang kite boleh kutip daripada filem ni.

1. bahawa kadang2 baik kite tak tahu banyak perkara daripada tahu tapi mendatangkan keburukan dan kesan kepada bukan sahaja diri kita tapi kepada orang lain jugak. Sebab? Kalau dah tahu kebenaran adakah kita hanya akan berdiam diri? Tentulah kite nak sebarkan kebenaran. Btl tak. Contohnya kita dapat tahu aib seseorang adakah kita hanya akan simpan dan berdiam sedangkan kalau dihebahkan mkin dapat membantu orang lain daripada terus terpedaya atau sbagainya....


2. Berpengetahuan sikit susah, banyak pun susah. Sifat ingin tahu ada dalam diri manusia malah bigfoot juga. Sifat ingin tahu sekiranya gagal dibendung akal memakan diri. Semakin banyak pengetahuan yang kita kumpul kita semakin  teringin untuk menerokai dunia lain sedangkan kesan daripadanya mungkin baik atau mkin juga tidak mendatangkan apa-apa kebaikan melainkan keburukan. Namun, tidaklah salah untuk bersifat ingin tahu. 

3. Huraikan sengketa. Wujudkan keamanan dengan membuka peluang dan ruang untuk menerima orang lain.


Ada banyak lagi mesej tersirat. Umpamanya berkenaan bapa Migo yang bertugas untuk memukul gong dan pekerjaan tu pulak diturunkan secara turun temurun. Sampai leper kepala orang tu..hahhaa...  

Tapi rasanya cukuplah 3 buat ade2 huhuh..

Jangan lupe tengok dan pastikan anak-anak tak mengantok sebelum masuk panggung. Kalau mengantuk dan tdo buat rugi je masuk dan tak enjoy cerita kelakar ni. hehhe

bye dan selamat menonton.





-Iswa Tonie-
Putrajaya

Garden By The Bay, Singapore


Jika anda berpeluang untuk ke Singapura semestinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke taman di tepi teluk yang famous dengan nama komersilnya Garden by The Bay. Taman yang cantik ini menjadi sangat menarik apabila didalamnya terdapat taman dan beberapa replika yang cantik dan menarik dan bercahaya di waktu malam. Pada waktu tertentu anda juga berpeluang untuk menyaksikan pesta lampu berirama. Lagu akan dimainkan dari sangat jelas dari speaker yang seolah-olah sangat dekat dengan kita. Pada masa yang sama lagu dan lampu akan bergerak seiringan. Lagu rancak dan laju, maka lajulah  pergerakan lampunya begitu juga jika lagi slow dan mendayu dayu. Terbuai seketika dengan ketakjuban ciptaan manusia ini. 


Untuk ke tempat ini, saya dan kumpulan telah menaiki teksi Boat Quay dengan tambang Sing15. Mahal kan. Nasib baik kami bahagikan kepada 3. Itulah sebenarnya masih mahal bagi kami. Apa boleh buat. Pada masa itu kami tidak bercadang untuk menaiki bas kerana ingin cepat sampai. Kami balik dengan cara yang sama. Mudah. Cepat. Mahal. Namun berbaloi untuk pengalaman yang tidak mungkin akan dapat dilupakan.

Pada malam kedua kami repeat lagi ke tempat ini untuk lebih menikmati suasana yang mengagumkan itu. Dasyat kan kitaorang siap repeat. Di bawah adalah gambar-gambar semasa kami melawat tempat ini di malam pertama kami di Singapura.






Jumpa Lagi...



KLCC Malaysia



Wujudmu tak tercapai akalku
Tinggimu tak tergapai tanganku
memelukmu hanyalah angan-angan yang bisu
hanya bisa berkata-kata di dalam hati tisu
yang seringkali diragut rasa pertiwiku...

Kau menongkah langit
dengan gagah menggigit sanubari
setiap  jiwa yang menatapi 
meninggalkan sayang di setiap hati
yang berlalu pasti akan kembali
yang kembali pasti tersenyum lagi
kau buah hati kami...

Kau menyimpan segala janji
kau tanamkan kasih di lubuk diri
kau semarakkan bakti nan hakiki
kau buktikan dengan berdiri
di sini dan hari ini masih mengasihi
jiwa kami yang mencintai pertiwi...

kekal kami di sini menjunjung tinggi
rukun berlima di hati kami
kepada pertiwi kami mengikat janji
takkan kami sakiti hati pertiwi....lagi.


Iswa Tonie
Putrajaya
26.09.2018

Demi Negara



Demi Negara


siapa antara kita
rela membawa obor bakti merentas onak dan duri
mengendong harapan seabad lamanya
mengiringi keranda
yang tidak kenal tuannya
untuk agama, bangsa dan negara

siapa antara kita
kuburkan hasrat demi tanahair yang dicinta
di taburkan kasih dan sayang sebagai tanda
dibacakan doa membawa pahala
hilang nyawa bukan gentarnya
untuk agama, bangsa dan negara

siapa antara kita
melangkah di atas panji negara
mengendong rukun negara
menjunjung  semangat perwira
menyusur di kancah derita
untuk agama, bangsa dan negara

siapa antara kita
kikiskan segala sengketa
jernihkan panca roba
dirikan semula tiang negara
yang dulunya roboh di puncak derita
untuk agama, bangsa dan negara

siapa antara kita
setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara
walau tangannya sudah bergetar kecewa
walau kakinya lemah dimakan usia
masih berdiri megah dan  bangga
Demi agama, bangsa dan negara


Iswa Tonie
Putrajaya
20.09.2018


Trip Bajet ke Singapore Part 1




Salam Malaysia Truly Asia....

Pada entri kali ini saya akan kongsikan pengalaman berjalan-jalan bersama anak-anak kecil (umur 7 dan 10 tahun) ke negara jiran kita iaitu Singapura. Perjalanan ini sebenarnya telah di rancang awal oleh saya dan rakan baik saya Sumarziah. Namun perancangan awal hanyalah melibatkan kami berdua sahaja dan tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali anak-anak sebab kami berdua tak pernah masuk Singapura jadi kami risau nak bawa orang ketiga. Kalau sesat tak pasal-pasal bawak orang lain sesat sekali. Sesat berdua takpe..hehe

So akhirnya plan berubah. Daripada kos bajet rm500 seorang saya terpaksa up kan sikit untuk tampung 2 kepala..hehe Nasib baik kos kali nie fully sponsored by Mr Husband jadi takdelah terasa sangat kos meningkat mendadak..hahha

Gegirls group of 5

Nak dijadikan cerita adik ipar nak join sekali. So akhirnya kami pergi ber5. 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Semua kos asal dikekalkan dan secara ringkas dan cepatnya saya terus membuat tempahan berikut :

1. Tiket bas KL-Singapura
2. Penginapan
3. Tukar RM to Singapore Dollar

Oleh kerana Mr Husband adalah Malaysia Tour Guide maka dinasihatkan agar mengambil bas dari KL terus masuk ke dalam Singapura melalui 2nd Link (Tuas). Ini adalah untuk mengelakkan kesesakalan di ruangan semakan kastam dan Imigresen Singapura. Katanya kesesakan di Check Point Woodlands adalah double berbanding Tuas jadi kami ikutlah apa yang terbaik untuk kami ber5.


Kami 3 beranak



Tiket bas kami beli sehari sebelum pergi (8.9.2018). Asalnya kami nak naik bas pukul 8.30 tapi nak dijadikan cerita tiket bas habis dijual. Jadi kami terpaksa naik bas pukul 8.00 pagi yang dijangka akan masuk ke Singapura sekitar 1.00 petang.


Iswa Tonie
Putrajaya.

Adam Raiqal Anak Syurga (Al-Fatihah)


                        


Salam 21 Shawal 1439H,

Kelmarin (Isnin) kita rakyat Malaysia telah menerima berita perlantikan 13 ahli kabinet Malaysia yang telah mengangkat sumpah di Istana Negara. Berita yang menjadi sejarah negara ini bukan sahaja mendapat liputan meluas kerana melibatkan sejarah yang dibentuk namun juga kerana uniknya pertukaran Kerajaan yang julung kali berlaku di Malaysia.


Di sebalik berita yang bersejarah ini kita juga dikejutkan dengan penangkapan bekas Perdana Menteri Malaysia pada hari Selasa, 3.7.2018 di rumahnya di Langgak Duta, Kuala Lumpur yang kemudiannya membawa kepada pertuduhan di Mahkamah pada hari Rabu, 4.7.2018.


Pada hari yang sama, di sebalik liputan meluas terhadap pertuduhan ke atas bekas PM di Mahkamah, media turut membawakan satu berita yang mengejutkan berlaku di daerah Batu Caves, Selangor yang melibatkan berita kematian kanak-kanak, Adam Raiqal Mohd Sufi. Pada awalnya, ibu kanak-kanak malang yang bertugas sebagai jururawat Hospital ini telah dimaklumkan oleh pengasuh bahawa suaminya telah mengambil kanak-kanak tersebut. Tidak percaya dengan kenyataan tersebut, si ibu telah menghubungi si ayah dan mendapati si ayah tidak bebruat demikian. Mereka beranggapan bahawa anak malang ini telah diculik dan meminta rakan-rakan mencari melalui perkongsian di FB.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang berlaku kepada pasangan ibu bapa muda ini. Anak sulung yang baru berusia 5 bulan ini ditemui oleh pihak polis di dalam peti ais di kawasan sejuk beku di dalam rumah pengasuh sendiri. Tergamaknya seorang pengasuh mereka-reka cerita bahawa anak malang ini diculik oleh lelaki yang mengaku bapa anak ini sedangkan dia mengetahui bahawa anak malang ini telah meninggal dunia dan disembunyikan pula di dalam peti ais yang menyimpan makanan. Masyallah.
Pagi ini saya berkesempatan menonton astro awani live dari PC. Bukan saya seorang yang sebak mendengar berita ini malah pembaca berita pun sama. Naluri manusia akan terkesan dengan cerita-cerita sedih apatah lagi melibatkan kematian dan kehilangan orang yang disayangi. Lebih -lebih lagi mengetahui bahawa kematian tersebut adalah disebabkan di bunuh.

Damailah kamu di sana anak syurga. Semoga keluarga arwah redha dengan pemergian permata hati kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak ini. Semoga pengasuh dan/atau mana-mana individu lain yang berkaitan di hukum dengan sewajarnya sebagai pengajaran dan tauladan.




Wallahhualam.
Iswa Tonie
Putrajaya
5 Julai 2018.



S

Senarai Anggota Kabinet Malaysia yang baru

Salam Isnin, 2 Julai 2018

Pada hari ini seramai 13 orang lagi menteri dan 23 orang timbalan menteri telah mengangkat sumpah perlantikan dan simpan rahsia di Istana Negara. Berita bersejarah ini telah mendapat liputan meluas bukan sahaja kerana kesan sejarahnya kepada negara malah juga kerana ia melibatkan struktur pentadbiran negara yang baru yang julung kali berlaku.

Berikut adalah senari menteri dan timbalan yang mengangkat sumpah pada hari ini. Berdasarkan liputan media massa, saya dapati bahawa YB Syed Saddiq mencuri tumpuan berdasarkan portfolio beliau yang merupakan menteri paling muda memegang portfolio tersebut. Sejarah negara sebelum ini dipegang oleh bekas PM yang merupakan timbalan menteri pada umur 24 tahun dan menjadi menteri kabinet di usia 33 tahun.

Senarai 13 orang MENTERI

1. Saifuddin Abdullah - Menteri Luar

2. Mohd Redzuan Md Yusof - Menteri Pembangunan Usahawan

3. Dr Xavier Jayakumar - Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

4. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Menteri Belia dan Sukan

5. Baru Bian - Menteri Kerja Raya

6. Teresa Kok - Menteri Industri Utama

7. Saifuddin Nasution Ismail - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

8. Dr Mujahid Yusof Rawa - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

9. Khalid Abdul Samad - Menteri Wilayah

10. Liew Vui Keong - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

11. Ignatius Darell Leiking - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

12. Mohamaddin Ketapi - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

13. Yeo Bee Yin - Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

Senarai 23 orang TIMBALAN MENTERI

1.Datuk Dr Shahruddin Md Salleh - Timbalan Menteri Wilayah

2. Dr Md Farid Rafik - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)

3. Amiruddin Hamzah - Timbalan Menteri Kewangan

4. Eddin Syazlee Shith - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

5. Shamsul Iskandar Md Akin - Timbalan Menteri Industri Utama

6. Sim Tze Tzin - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

7. R. Sivarasa -Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

8. Fuziah Salleh - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

9. Dr Lee Boon Chye - Timbalan Menteri Kesihatan

10. Muhammad Bakhtiar Wan Chik - Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

11. Chong Chieng Jen - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

12. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji - Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

13. Hannah Yeoh - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

14. Teo Nie Ching -Timbalan Menteri Pendidikan

15. Steven Sim - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

16. Dr Ong Kian Ming - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

17. Mahfuz Omar - Timbalan Menteri Sumber Manusia

18. Mohd Anuar Mohd Tahir - Timbalan Menteri Kerja Raya

19. Dr Mohd Hatta Md Ramli - Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan

20. Mohamed Hanipa Maidin - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)

21. Datuk Kamarudin Jaffar - Timbalan Menteri Pengangkutan

22. Datuk Aziz Jamman dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri

23. Isnaraissah Munirah Majlilis -Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar


Iswa Tonie
Putrajaya
18 Shawal 1439H