Pada 6 Oktober 2018, peninju dari Rusia, Khabib Nurmagomedov telah mencatatkan kemenangan bergaya apabila berjaya menewaskan lawannya, Conor McGregor. Pertarungan sengit ini berakhir pada pusingan keempat apabila Khabib menggunakan teknik submission dengan mencekik leher McGregor, menyebabkan pihak lawan menyerah kalah.
Namun, sejurus selepas Khabib diumumkan sebagai pemenang, suasana menjadi tegang apabila berlaku insiden pergaduhan antara penyokong kedua-dua pihak. Lebih mengejutkan, Khabib sendiri bertindak melompat keluar dari arena dan menendang ke arah salah seorang pengurus McGregor. Situasi ini bagaimanapun berjaya dikawal dan dileraikan oleh pasukan keselamatan yang bertugas.
Satu sidang media telah diadakan sebaik sahaja keadaan reda. Dalam sidang tersebut, Khabib secara terbuka memohon maaf atas tindakannya yang terlibat dalam kekecohan tersebut. Menurutnya, tindakan itu berpunca daripada rasa marah terhadap penghinaan yang dilemparkan terhadap agamanya, kecaman terhadap keluarganya, serta kritikan yang ditujukan kepada pengurusnya, Ali Abdelaziz. Beliau menyifatkan perbuatan McGregor sebagai biadab, tidak bermaruah dan langsung tidak menghormati pihak lawan.
Khabib menegaskan bahawa mana-mana individu yang dihina secara berterusan terhadap agama dan keluarganya pasti akan bertindak balas. Tindakan Khabib mencerminkan keberanian mempertahankan maruah diri dan prinsip kepercayaannya.
Respect dan salut kepada pejuang sejati – Khabib Nurmagomedov.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.